LANGGAR
 

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, sebuah lori yang dipandu lelaki berusia 31 tahun terbabas dan melanggar tembok sehingga menyebabkan lori berkenaan hampir tercampak ke dalam laut.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata, pasukan penyelamat terpaksa menggunakan kren untuk mengalihkan lori tersebut dan kerja-kerja menyelamat mengambil masa lebih tiga jam sehingga awal pagi ini.

Menurutnya, kerja-kerja menyelamat yang mengambil masa menyebabkan kesesakan teruk lebih 10 kilometer memandangkan orang ramai mula menggunakan jambatan itu untuk ke tempat kerja.

“Bagaimanapun, lori itu sudah berjaya dialihkan kira-kira pukul 8.30 pagi dan keadaan trafik di atas Jambatan Pulau Pinang ketika ini,” katanya. - UTUSAN ONLINE