Mudir Pondok Beta Hilir, Mohd. Jalaludin Asayuti Mohamed, 49, punca kejadian masih dalam siasatan namun beliau tidak menolak kemungkinan litar pintas kerana unit-unit kediaman itu dibina sudah agak lama iaitu ketika Pondok Beta Hilir mula-mula beroperasi, 37 tahun lalu.

Katanya, kebakaran seumpama itu merupakan kejadian pertama berlaku di Pondok Beta Hilir yang dibuka secara rasmi pada 1980.

“Buat sementara waktu, kesemua 24 penghuni terjejas yang berusia 13 tahun hingga 60 tahun akan ditempatkan di asrama yang terletak dalam kawasan pengajian.

“Saya bersyukur tiada penghuni yang mengalami kecederaan dalam kebakaran ini meskipun hampir keseluruhan pakaian dan kitab pengajian milik pelajar hangus terbakar,” katanya ketika ditemui, di sini hari ini.

Jelasnya, setakat ini kerugian dianggarkan lebih RM30,000.

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik), Dr. Nik Azlan Nik Abd. Hadi hari ini meninjau lokasi kebakaran di samping menyerahkan sumbangan sebanyak RM54,000 kepada pengurusan Pondok Beta Hilir.

Kata beliau, Maik akan memantau semua sekolah pondok serta tahfiz di Kelantan supaya mengikuti piawaian yang ditetapkan terutama berkaitan keselamatan bangunan bagi mengelakk kejadian serupa berulang.

Orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian kepada akaun Bank Muamalat 03010002364711 atau Bank Simpanan Nasional 0355042000016161 di atas nama Madrasah Muhammadiah Pondok Beta Hilir. - UTUSAN ONLINE