Sehingga pukul 10 pagi ini, seramai 30 mangsa daripada tujuh keluarga ditempatkan di situ menjadikan jumlah keseluruhan mangsa seramai 440 orang di seluruh ini.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), semua mangsa banjir daripada 123 keluarga itu ditempatkan di 10 PPS.

" Selain Lipis, kawasan yang masih terjejas ialah Maran dengan 53 mangsa daripada 15 keluarga, Pekan (383 mangsa daripada 92 keluarga) dan Bera (sembilan mangsa daripada satu keluarga)," kata portal itu di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE