Pemegang konsesi LPT, Anih Berhad dalam satu kenyataan berkata, punca kejadian yang berlaku pada pukul 3.40 petang itu adalah hujan lebat berterusan di kawasan berkenaan.

"Sewaktu kejadian kedalaman air di atas jalan dianggarkan 10 sentimeter, namun masih boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan.

"Laluan yang terlibat adalah sepanjang 30 meter namun air mulai surut kira-kira pukul 4.38 petang.  Sehingga kini keadaan cuaca kembali baik dengan trafik berjalan lancar," katanya.

Menurut kenyataan itu, kerja-kerja pembersihan masih diteruskan dan keadaan terkawal. - UTUSAN ONLINE