Difahamkan empat daripada mereka dikenali sebagai Wan Nor Hisham Wan Satar, Mohd. Shakir Ahmad Yani, Mohd. Arif Ridzuan Mohd. Nor, Mohd. Anaz Husaini Mohd. Fazilah manakala mangsa terakhir masih belum dikenal pasti.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Penguasa Bomba Mohamad Mustakim Mukhtar berkata, kesemua mereka ditemukan dalam keletihan di persisir gigi empangan Bukit Malut, Langkawi.

Menurut beliau, pihaknya dimaklumkan keluarga mangsa bahawa mereka masuk ke dalam hutan untuk mencari lokasi memancing sejak pukul 3.30 petang semalam.

“Sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Persiaran Putra pergi ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan kecemasan pada 10.52 malam dan tiba 18 minit kemudian.

“Operasi mencari dan menyelamat digerakkan membabitkan pihak bomba, polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan 40 penduduk kampung,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE