Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada pukul 1.08 pagi.

Menurutnya, kecederaan melibatkan dua penumpang lelaki dan tiga wanita yang telah dibawa ke hospital dengan ambulans sebelum ketibaan anggota bomba.

“Sebanyak 22 penumpang lain termasuk pemandu bas terselamat dan operasi ditamatkan pada pukul 1.52 pagi,” katanya. - UTUSAN ONLINE