Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata, tiga daripada mereka mengalami kecederaan ringan manakala dua lagi yang masih menerima rawatan di Mayo General Hospital di Castlebar, Ireland dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Jelas kementerian, kemalangan berlaku semasa kelima-lima mangsa dalam perjalanan dari sebuah pekan di Ireland iaitu Letterkenny ke Galway pada pukul 6 petang waktu tempatan.

"Kementerian Luar melalui Kedutaan Besarnya di Dublin, Ireland akan terus memantau keadaan mangsa dan akan menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya," katanya, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE