Difahamkan, kren tersebut dari tapak pembinaan hotel yang terletak bersebelahan tapak meletak kenderaan berkenaan.

Ketua Polis Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan telefon daripada orang awam mengenai kejadian tersebut pada pukul 5.09 petang tadi sebelum sebuah kereta peronda dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) pergi ke lokasi kejadian.

“Kejadian melibatkan lima buah kenderaan namun tiada kemalangan jiwa berlaku,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Bagaimanapun, pihak bomba tidak menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut. - UTUSAN ONLINE