Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Langkawi, Timbalan Penguasa Bomba Johari Mohamed berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.28 pagi dan tiba di lokasi kejadian kira-kira enam minit kemudian. 

“Sebaik pasukan bomba tiba di lokasi kejadian didapati kebakaran melibatkan lima kedai dua tingkat membabitkan dua pasar mini serta sebuah restoran, kedai perkakasan dan premis menjual telefon bimbit.

“Hampir 90 peratus kesemua kedai tersebut sudah terbakar dan pihak bomba mengambil masa kira-kira 21 minit untuk mengawal kebakaran,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Johari, bagaimanapun tiada mangsa ketika kejadian berlaku dan punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat.