Timbalan Komander Operasi Zon Timur Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Mohd. Arshad Abdullah berkata, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu.

“Bomba yang tiba di lokasi kejadian kira-kira pukul 5.20 pagi berjaya mengawal kebakaran 21 minit kemudian sebelum api dipadamkan sepenuhnya pukul 7.05 pagi.

“Punca kejadian dan jumlah kerugian masih disiasat,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE