Menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Johor, sehingga pukul 8 malam, seramai 590 orang daripada 139 keluarga dipindahkan ke enam pusat pemindahan di Kluang.

Daripada jumlah tersebut, 234 orang daripada 52 keluarga dari mukim Machap ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Kencana manakala yang lain di Balai Raya Kampung Mengkibol (109 orang, 35 keluarga dari mukim Kluang) dan Balai Raya Kampung Kolam Air (63 orang, 13 keluarga dari mukim Kluang).

Ia termasuklah mangsa yang ditempatkan di Balai Raya Mardi (75 orang, 17 keluarga dari mukim Renggam), Balai Raya Kampung Paya Palembang (82 orang, 15 keluarga dari mukim Ulu Benut) dan Balai Raya Kampung Bentong membabitkan seramai 27 orang daripada tujuh keluarga dari mukim Kluang.

Bagi daerah Muar, seramai 18 orang daripada lima keluarga dari mukim Bukit Kepong dipindahkan ke Balai Raya Kampung Sawah Laku manakala di Segamat, seramai 25 orang daripada enam keluarga dari Buloh Kasap ditempatkan di SK Batu Anam.

“Di Batu Pahat, 36 orang daripada lapan keluarga dari mukim Ayer Hitam ditempatkan di SK Kota Dalam dan seramai 52 orang daripada 13 keluarga dari mukim yang sama ditempatkan di SMK Suria Perdana.

“Di Kulaijaya, 26 mangsa dari enam keluarga dari mukim Sedenak ditempatkan di Surau Kampung Sungai Siam,'' katanya dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu lagi, tiada jalan ditutup berikutan banjir yang melanda kelima-lima daerah berkenaan.