Imej dan video yang dimuatnaik di Twitter merakamkan kepulan asap menjulang ke udara daripada premis yang musnah itu.

“Kesemua perkhidmatan kecemasan sedang berurusan dengan insiden ini, sila elakkan kawasan terbabit,” kata polis dalam satu kenyataan.

Sementara itu, polis menolak insiden di Leicester tersebut ada kaitan dengan keganasan. - REUTERS