Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, hanya empat mangsa ditahan di wad Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai petani manakala selebihnya menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Saifi Abd Hamid berkata, siasatan awal mendapati berlaku empat letupan yang mana tiga daripada terjadi di udara dan satu di bawah hingga mencederakan orang awam berhampiran. 

“Kesemua mangsa berusia antara lima hingga 59 tahun yamg terdiri daripada 14 lelaki dan 12 perempuan India telah menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim. Hanya empat ditahan di wad bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Siasatan pihak forensik menemukan beberapa serpihan bahan letupan di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Saifi, siasatan awal juga mendapati tiada unsur khianat kerana itu adalah sambutan Thaipusam semata-mata sementara menunggu chariot.

Tambah beliau, pihaknya berjaya menahan empat suspek berusia antara 25 hingga 34 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4 Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya (ABKLSB) 1958. - UTUSAN ONLINE