Menurut seorang penduduk, Tan Kwee Lim, 70, mendakwa, kejadian itu dipercayai berpunca daripada pembinaan empat bangunan pangsapuri 47 tingkat yang bermula sejak hampir lima tahun lalu.


Menurutnya, pembinaan tersebut telah menyebabkan bukit di kawasan itu ditarah menyebabkan air hujan mengalir deras.


“Kita juga bimbang keselamatan penduduk yang sedang bersembahyang di tokong di kawasan ini namun sehingga kini masih belum mendapat laporan tentang sebarang kemalangan nyawa.


“Kita kesal kerana sehingga kini pihak kerajaan yang meluluskan projek itu tidak melawat kawasan ini sebagai tanda prihatin mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


Difahamkan, pihak polis dan bomba sedang meninjau kawasan kejadian dan belum mengeluarkan sebarang laporan rasmi.-UTUSAN ONLINE.