Mangsa, Sariah Fatah yang merupakan penduduk tetap dipercayai tergelincir atau mengalami kejangan otot semasa hendak mengambil hasil laut di jaring tersebut.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, mangsa dipercayai keluar ke kawasan laut berkenaan kira-kira 8.30 pagi selepas selesai menjual sayur kampung di pasar.

"Tiada unsur jenayah dalam kejadian ini dan bedah siasat di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) juga mendapati sebab kematian adalah mati lemas," katanya dalam kenyataan di sini, malam tadi.

Sementara itu, seorang anak mangsa, Noorhasimah Bedu, 28, berkata, mayat ibunya ditemukan terapung kira-kira 15 meter daripada tepi pantai oleh salah seorang anak tirinya, Wahid Kosnan, 45, sebelum bertindak menghubungi ahli keluarga yang lain dan polis.

"Abang tiri sebelum itu mencari ibu di rumah untuk meminjam tong racun tetapi ibu tiada sebelum dia ke pantai tetapi terkejut apabila dari jauh mendapti ibu sudah terapung dan berkejar mendapatkannya.

"Saya pula menerima panggilan daripada adik lelaki di Kuala Lumpur memaklumkan kejadian menimpa ibu kami dan saya bersama anak-anak dan suami bergegas ke rumah ibu dari Rengit," katanya. - UTUSAN ONLINE