Mayat lelaki berusia 29 tahun itu ditemukan dalam keadaan lengkap berpakaian oleh penduduk.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Mohd. Nazri Ab. Wahab ketika dihubungi berkata, mangsa ditemukan kira-kira sembilan kilometer daripada tempat dia terjatuh.

Menurutnya, jenazah mangsa dibawa ke Hospital Tumpat untuk urusan selanjutnya sebelum diserahkan kepada keluarga.

"Mangsa dipercayai lemas pada Isnin lalu dan gerakan mencari serta menyelamat telah dilakukan sejurus kita menerima maklumat kejadian itu," katanya.

Mohd. Nazri memberitahu, operasi tersebut turut mendapat bantuan pihak polis dan penduduk setempat. - UTUSAN ONLINE