Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khiruddin Drahman berkata, dalam kejadian pukul 6.00 pagi itu, pihaknya menemui mayat lelaki berusia 60-an di sebuah bilik di tingkat dua bangunan kedai berkenaan.

“Identiti mangsa masih dalam proses dikenalpasti manakala punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

“Siasatan masih dijalankan di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata seramai 11 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sentul pergi ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pukul 6.37 pagi.

“Kebakaran dapat dikawal pukul 7.06 pagi,” katanya.-- BERNAMA