Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 2.28 pagi tadi sebelum sebuah jentera dengan kekuatan 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, apabila tiba, didapati empat mangsa iaitu dua lelaki dewasa dan dua kanak-kanak perempuan telah berjaya dikeluarkan daripada kereta Perodua Alza yang terlibat dalam kemalangan itu dengan bantuan orang awam.

“Seorang lagi mangsa, Abd. Samat Idris, 70, tersepit dalam kenderaan dan anggota bertugas berusaha mengeluarkan mangsa dengan menggunakan tali dan pengusung seterusnya dibawa ke atas jalan raya.

“Mangsa disahkan meninggal dunia dan kita serahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE