Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, mangsa digilis sehingga tubuhnya terputus tiga oleh tren yang dalam perjalanan dari Padang Besar ke Butterworth, Pulau Pinang.

Mangsa sebelum itu dilaporkan pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berjalan di atas landasan seorang diri.

Hasil pemeriksaan mangsa dianggarkan berusia antara 65 hingga 70 tahun serta tiada dokumen pengenalan diri ditemukan bersamanya.

Pemeriksaan polis turut tidak menemukan sebarang kesan suntikan BCG pada lengannya serta terdapat kesan tatu pada tubuhnya.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Ghazani Abd. Ghani ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu yang disiasat mengikut kes kematian mengejut. - UTUSAN ONLINE