Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Abd. Rahim Atan berkata, lelaki berusia berusia 60-an itu memancing di pantai berkenaan bersama dua rakannya berusia 34 dan 53 tahun.

“Sewaktu memancing, bot yang mereka naiki tiba-tiba pecah menyebabkan ketiga-tiganya tercampak ke dalam laut,” katanya.

Abd. Rahim berkata, kejadian menimpa ketiga-tiga mangsa disedari oleh sebuah bot nelayan yang bertindak memberi bantuan kepada mereka.

Bagaimanapun, katanya, hanya dua daripada mangsa terbabit terselamat manakala seorang lagi mangsa disahkan meninggal dunia selepas di bawa ke tepi pantai.

Kata beliau, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada pukul 4.48 petang dan tiba di lokasi kejadian beberapa minit kemudian.

“Seramai lapan anggota bersama dua jentera dikerahkan memberi bantuan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Port Dickson,” katanya. - UTUSAN ONLINE