Mayat lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditemukan terapung oleh pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 8.30 pagi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan, Zulkafle Abdullah berkata, mayat mangsa ditemukan pada jarak kira-kira 50 meter dari tebing dan 100 meter dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh bot.

Katanya, rakan mangsa memberitahu mangsa terjatuh semasa bot dinaiki mereka sedang berlabuh di tengah Sungai Perak.

"Pasukan bomba yang dimaklumkan mengenai kejadian itu semalam telah memulakan pencarian dari tebing sungai dengan tiga buah bot diturunkan untuk membuat pencarian di permukaan.

"Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke tebing dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya. - UTUSAN ONLINE