Dalam kejadian kira-kira pukul 9.05 pagi, mangsa, Chor Seng Chye,37, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Superintenden Shafee Abdul Samad berkata, ketika kejadian kedua- dua kenderaan itu datang dari arah Simpang Ampat menghala ke Sungai Bakap.

“Bas tanpa penumpang yang dipandu seorang lelaki berusia 53 tahun itu dipercayai secara tiba-tiba mengubah haluan ke sebelah kiri sebelum motosikal mangsa yang ditunggang laju gagal mengelak lalu merempuhnya.

“Mangsa yang berasal dari Taman Seri Rambai, Bukit Mertajam maut di tempat kejadian kerana cedera parah di bahagian kepala dan badan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambah Shafee, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk dibedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksuen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.- UTUSAN ONLINE