Dalam kejadian kira-kira pada pukul 10 malam itu, lelaki berusia 29 tahun dan merupakan orang kurang upaya (OKU) telah berusaha untuk mengeluarkan kemaluannya namun gagal.

Difahamkan, isteri mangsa memasukkan kemaluan suaminya ke botol air mineral untuk memudahkan membuang air kecil.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Izuan Che Ibrahim, akibat tidak mampu menahan sakit, lelaki itu ke Hospital Taiping pada kira-kira pukul 10.30 pagi ini untuk mendapatkan rawatan.

Tambah beliau, bomba menerima panggilan daripada pihak hospital pada kira-kira pukul 11.27 pagi sebelum lapan anggota ke hospital untuk membantu.

“Sebaik sahaja tiba di hospital, mangsa dalam keadaan berbaring menahan kesakitan dan anggota kemudian menggunakan peralatan khas untuk memotong hujung penutup botol.

“Anggota bomba memotong botol air mineral secara berhati-hati selama kira-kira 25 minit agar tidak mendatangkan kecederaan lain kepada kemaluan mangsa,” katanya di sini hari ini.

Tambah Izuan, mangsa diserahkan kembali kepada pihak hospital dan operasi tamat sepenuhnya pada kira-kira pukul 12 tengah hari. - UTUSAN ONLINE