Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada pukul 3.31 pagi melibatkan kereta jenis Proton Saga dan Toyota Estima.

Menurutnya, kemalangan berlaku apabila kereta jenis Proton Iswara melanggar pembahagi jalan menyebabkan pemandunya tercampak keluar dari keretanya.

Menurutnya, kereta jenis Toyota Estima dari arah sama telah merempuh pemandu yang tercampak keluar dan keretanya menyebabkan mangsa terperosok di bawah kereta Toyota Estima.

“Rempuhan itu menyebabkan kedua-dua kenderaan terbakar 80 peratus dan mangsa yang terperosok di bawah kereta Toyota Estima rentung.

“Tiga lelaki yang menaiki Toyota Estima terselamat hanya seorang mengalami kecederaan,” katanya. - UTUSAN ONLINE