Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, mayat mangsa ditemukan di bahagian pemandu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asistan Komisioner Zulkefly Yahya berkata, hasil siasatan awal, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Honda City dipandu mangsa dari datang arah pusat bandar hilang kawalan.

“Kereta itu kemudian melanggar pembahagi jalan sebelum terbabas ke lorong kanan menghala ke Kuchai Lama.

“Akibat pelanggaran itu, kereta berkenaan terbakar sepenuhnya menyebabkan mangsa yang tidak berjaya menyelamatkan diri rentung” katanya di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE