Pegawai Pertahanan Awam Kubang Pasu, Kapten (PA) Kamarulzamal Kasa berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 8.22 pagi sebelum tiba ke lokasi terbabit kira-kira empat minit kemudian. 

“Setibanya di sana, pemeriksaan mendapati nadi lelaki tersebut sudah berhenti berdenyut. 

“Beberapa minit kemudian pihak hospital tiba. Oleh itu kami menyerahkan kepada mereka untuk tindakan selanjutnya termasuk berkaitan urusan pengesahan kematian,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini. 

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superitenden Mohd. Ismail Ibrahim ketika dihubungi memaklumkan, semakan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati tiada unsur jenayah mahu pun pihak lain yang terlibat dengan kejadian itu. 

“Mangsa, Mohammad Nor Abu Seman, 53, yang berasal dari Kampung padang Asun, Jitra dekat sini didapati sememangnya memiliki kad rawatan sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis. 

“Punca kematian dipercayai akibat serangan darah tinggi,” katanya. 
Tambahnya jenazah mangsa dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Jitra dengan kejadian itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). -UTUSAN ONLINE