Tan Win Han, 31, berkata, ini berdasarkan kereta jenis Kia Forte yang terbakar dalam nahas itu merupakan kenderaan miliknya yang turut dinaiki ibunya, Lee Len Ying, 60.

Katanya, ibunya bersama empat yang lain dalam perjalanan ke Taiping untuk menghadiri upacara keagamaan di sebuah gereja.

"Saya mengetahui mengenai kejadian ini melalui media sosial dan hanya mengesyaki ibu saya terlibat setelah dihubungi rakan-rakan gerejanya yang memaklumkan dia masih belum sampai ke gereja tersebut.

"Saya cuba menghubungi telefonnya beberapa kali namun gagal dan percaya ibu saya antara yang terlibat dalam nahas itu," katanya ketika ditemui di pekarangan Bilik Mayat Hospital Kuala Kangsar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE