Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Lim Bak Phai berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, seorang lagi lelaki mengalami cedera ringan manakala seorang lagi tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mangsa yang cedera parah, Leong Wei Kang, 20, sedang memandu Perodua Myvi di lorong tengah menghala ke selatan sebelum hilang kawalan dan merempuh sebuah lori serta kenderaan pacuan empat roda di lorong kecemasan.

“Ketika rempuhan berlaku, pemandu Toyota Hilux yang membantu membetulkan lori yang rosak sempat mengelak rempuhan tersebut dan hanya cedera ringan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut Bak Phai, mangsa cedera parah yang mengalami patah kaki kanan kemudian dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima lawatan lanjut.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE