Ketua Polis Daerah, Superintenden Azry Akmar Ayob berkata, Blau Tambat, 30, berburu bersama abang serta empat rakannya sebelum hilang selepas berpecah ketika berada di dalam hutan.

“Ketika berkumpul semula pada pukul 6 petang, mangsa tidak muncul menyebabkan abangnya membuat laporan polis.

“Pada masa ini, operasi mencari dan menyelamat giat dilakukan melibatkan 52 anggota polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk kampung,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE