Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi itu, mangsa, Che Mohamad Putra Che Hisham, 26, yang memandu kereta jenis Pe­rodua Myvi berseorangan terbabas sebelum melanggar penghadang jalan.

Menurut seorang saksi, Hanifa Ismail, 35 berkata, kereta yang dinaiki mangsa dipercayai dipandu laju sebelum merempuh penghadang jalan.

“Ketika itu, saya dalam perjalanan ke tempat kerja dari rumah di Pasir Pekan ke bandar Kota Bharu. Sebaik sahaja tiba di tempat kejadian saya melihat sebuah kereta Perodua Mywi terbabas lalu terbakar.

“Saya terus memberhentikan kenderaan dan beberapa pengguna jalan raya lain juga turut berhenti bagi membantu dan mengeluarkan mangsa yang ce­dera serta terperangkap dalam keretanya itu,” katanya.

Susulan kejadian itu, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu diketuai Ismadi Mohamad Taib bergegas ke lokasi untuk memadamkan kebakaran.

Mangsa cedera di kaki dan muka dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) bagi menerima rawatan lanjut.