Ketua Polis Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 pagi itu, lelaki berusia 30 tahun terbabit memandu kereta Honda Accord dari arah Persiaran Tujuan.

“Apabila tiba di tempat kejadian yang merupakan persimpangan lampu isyarat Persiaran Tujuan - Persiaran Kewajipan, pemandu gagal mengawal kenderaan sehingga terbabas.

“Mangsa yang mengalami kecederaan kemudian dibawa ke Hospital Shah Alam oleh pihak bomba sebelum dipindahkan ke sebuah pusat perubatan swasta di Damansara untuk mendapatkan rawatan,” katanya ketika dihubungi di sini.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987. -UTUSAN ONLINE