Difahamkan, mangsa berketurunan Melanau menebang rumbia berkenaan untuk mendapatkan sagu memandangkan sagu atau linut dalam bahasa kaum itu merupakan makanan tradisional popular dan digemari masyarakat berkenaan.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, nasib malang mangsa apabila rumbia ditebangnya tiba-tiba rebah menimpanya tanpa sempat dielak.

“Mangsa bagaimanapun bernasib baik kerana kejadian itu disedari oleh penduduk kampung yang bertindak segera menariknya keluar dari bawah batang rumbia yang menghempapnya untuk dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, pasukan bomba yang menerima maklumat tentang kejadian itu pada pukul 10.10 pagi bergegas ke lokasi untuk menjalankan operasi menyelamat, namun mendapati mangsa sudah diselamatkan penduduk kampung dan dihantar ke hospital.

Sehubungan itu, katanya, pasukan bomba hanya bertindak menjalankan kerja pembersihan kawasan berkenaan. - UTUSAN ONLINE