Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu, mangsa, Ismadi Che Ismail, 49, tiba-tiba rebah di gelanggang badminton berkenaan.

Penguasa Bomba Selangor Muhamad Hissam Sidik berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 7.34 malam sebelum menghantar sepasukan empat anggota Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) ke tempat kejadian.

“Anggota cuba menjalankan bantuan pernafasan (CPR) ke atas mangsa, bagaimanapun dia disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Bangi beberapa minit selepas itu,” katanya dalam satu kenyataan. -UTUSAN ONLINE