NIK ROS AZHAN NIK AB. HAMID
NIK ROS AZHAN NIK AB. HAMID

Mangsa Baharuddin Jalil, 53, yang tinggal di Taman Haji Mohd. Amin tiba-tiba rebah ketika sedang berlari di hada-pan Sekolah Kebangsaan Bandar Perda di sini pukul 8.42 pagi ini.

Ketua Polis Daerah, SPT Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

“Mangsa dibantu oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia yang bertugas dan dihantar ke Hospital Bukit Mertajam tetapi disahkan meninggal dunia.

“Tiada unsur jenayah dikesan pada mangsa dan dia dipercayai meninggal dunia akibat penyakit yang dialami,” katanya ketika dihubungi hari ini. - UTUSAN ONLINE