Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mansor Samsuddin berkata, kejadian berlaku ketika Omar Ismail,46, dalam perjalanan dari Pasir Gudang ke Temerloh.


“Apabila sampai di tempat kejadian, treler dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar pokok dan menjunam ke tali air.


“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh untuk bedah siasat,” katanya di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE