Mangsa yang berusia 42 tahun tersepit di dalam jentera berat yang dipandunya mengalami kecederaan parah di kepala dan maut di tempat kejadian.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Hutan Melintang, Rosli Wan Chik berkata, pihaknya menerima panggi-lan berhubung kejadian itu pada pukul 4.18 petang.

Katanya, sepasukan tujuh anggota dengan sebuah jentera dihantar ketempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Anggota bomba telah memotong pokok tersebut kepada beberapa bahagian dan mengangkat mangsa dari atas traktor itu menggunakan jengkaut.

“Mayat mangsa yang berjaya dikeluarkan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat pada pukul 7.35 petang,” katanya. - UTUSAN ONLINE