Kejadian berlaku kira-kira 10 pagi ketika mangsa yang dikenali sebagai Mohd. Ridzwan, 36, sedang melakukan kerja-kerja pembaikan kepala lori tersebut.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, ketika sedang melakukan kerja pembaikan, kepala lori itu tiba-tiba bergerak sebelum menghimpit mangsa.

Ujarnya, mangsa tersepit di antara kepala lori dan kontena yang diletakkan di berhampiran lori tersebut.

“Mangsa berjaya dibawa keluar namun disahkan meninggal dunia.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE