Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh, Muhammad Hazrin Zulkifli berkata, pihaknya menerima panggilan 10.56 malam mengenai kejadian melibatkan kereta jenis Proton Saga dan Perodua Myvi.

“Mangsa dalam Proton Saga cedera ringan manakala manga yang memandu Perodua Myvi tersepit dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Sungai Buloh.

“Anggota bertindak mengeluarkan mangsa berumur 25 tahun yang tersepit dan kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE