Dalam kejadian kira-kira pukul 10.49 pagi itu, mangsa Malputra Amirudin, 33, dikejarkan ke hospital akibat kecederaan parah di bahagian kepalanya.

Bagaimanapun, ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur, mangsa disahkan meninggal dunia.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asistan Komisioner Zulkefly Yahya berkata, seorang lagi penunggang motosikal yang terlibat telah melarikan diri sebaik kejadian terbabit.

“Sehubungan itu, siasatan lanjut sedang di jalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE