Mangsa, Mohamad Irfan Abdullah, 26, menunggang motosikal jenis Demak Evo itu sendirian dari arah Kepala Batas menuju ke Maklom apabila terbabas ke dalam tali air itu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, mangsa yang bekerja sebagai kontraktor dan beralamat di Tikam Batu, Kedah dipercayai lemas dan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mangsa tidak dapat mengawal motosikalnya ketika melalui jalan itu dan terbabas ke dalam tali air sebelum lemas dan mayatnya dibawa naik oleh orang awam.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk dibedah siasat dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya ketika dihubungi hari ini. - UTUSAN ONLINE