Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, mangsa, Md. Azi Mohd. Yusof, 34, me­ninggal dunia selepas hampir lapan jam mendapatkan ra­watan di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintenden Sazalee Adam berkata, siasatan awal mendapati mangsa bersama tiga pekerja lain menjalankan kerja-kerja menangkap burung merpati di tingkat empat bangunan asrama berkenaan.

“Ketika kejadian, mangsa menghalau burung-burung merpati tersebut bagi membolehkan pekerja yang lain menangkapnya.

“Lelaki itu kemudian telah terpijak siling bumbung lalu terjatuh ke aras bawah bangunan. Mangsa yang me­ngalami kecederaan parah telah dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Sazalee, mangsa kemudian disahkan mening­gal dunia pada kira-kira pu­kul 10.55 pagi.

“Pihak hospital akan membuat bedah siasat bagi mengetahui punca kematian dan kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” ujarnya.