Mangsa, Chua Kok Wei, 23, disahkan maut di lokasi kerana mengalami kecederaan parah akibat tersepit.

Jurucakap Pasukan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 6.42 pagi dan sebanyak 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Apabila tiba, pihak bomba mendapati bahagian pemandu kereta Proton Wira itu remuk teruk dan berada di bahagian tayar depan treler berkenaan.

“Mayat pemandu kereta yang tersepit berjaya dikeluarkan 10 minit kemudian dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. - UTUSAN ONLINE