Ajis Omar
Ajis Omar

Menurut Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintenden Dr. Che Ghazali Che Awang berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu mayat mangsa Ajis Omar, 51, dari Kampung Ranggut ditemukan di muara Telaga Harbour sementara rakannya, Shukri Saad, 50, pula tersadai di batu dan diselamatkan oleh pihak bomba.

"Mangsa bersama seorang rakan, Shukri turun ke laut pada pukul 12 tengah hari tadi untuk menangkap ikan. Apabila sampai di Burau bot mangsa terlanggar batu dan dihempas ombak menyebabkan bot terbalik sebelum mangsa jatuh ke laut.

"Manakala rakan mangsa terhempas ke batu menyebabkan dia patah tangan," katanya di sini hari ini.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.-UTUSAN ONLINE