Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, mangsa berusia 27 tahun yang menunggang motosikal Modenas maut di tempat kejadian.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 11.33 malam.

"Pasukan kita tiba 10 minit kemudian di lokasi kejadian dan menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa.

"Sebaik sahaja operasi menyelamat selesai, mayat mangsa diserahkan kepada polis," katanya di sini hari ini-UTUSAN ONLINE.