Ketua Polis daerah, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi itu, mangsa yang berusia 38 tahun dikatakan menunggang motosikal dari arah Seremban menghala ke Port Dickson. 

"Hasil siasatan awal mendapati mangsa gagal mengawal motosikal jenis Yamaha Lagenda lalu terbabas di lokasi kejadian. 

"Kemalangan tersebut menyebabkan mangsa mengalami cedera parah di kepala dan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Aidi Sham memberitahu, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau turut meminta saksi yang mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Syakinah Ahmad di talian 06-647222 sambungan 218 atau 018-9024570. - UTUSAN ONLINE