KEADAAN motosikal seorang lelaki yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 4, Jalan Batu Kikir-Gun
KEADAAN motosikal seorang lelaki yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 4, Jalan Batu Kikir-Guntur, Jempol hari ini. - UTUSAN ONLINE

Dalam kejadian pada pukul 5.15 petang itu, mangsa yang berusia 52 tahun dan menunggang motosikal jenis Yamaha FZ150i meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis daerah, Superintenden Muhd. Nur Hishamuddin berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku di laluan berselekoh di kawasan tersebut.

"Ketika kejadian mangsa yang dikatakan bekerja sebagai tukang rumah dalam perjalanan dari Batu kikir menghala Kampung Guntur Sawah Lebar.

"Mangsa cedera parah di kepala manakala motosikalnya remuk dalam kejadian itu," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Jempol untuk bedah siasat. - UTUSAN ONLINE