Dalam kejadian pada pukul 11 pagi itu, Muhamad Khairi Baharudin, 34, yang cedera parah maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, ketika kejadian, bas dipandu lelaki berusia 24 tahun itu dalam perjalanan turun daripada Cameron Highlands.

Katanya, apabila sampai di tempat kejadian, bas tersebut telah dilanggar di bahagian kanan oleh mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha RXZ.

“Motosikal ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan. Mangsa yang cedera parah meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat dan siasatan kes dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. - UTUSAN ONLINE