Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Lim Bak Phai berkata, mangsa, S. Ashok, 22, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di seluruh badan.

“Kejadian berlaku kira-kira pukul 5.50 pagi ketika kereta jenis Atos yang dipandu seorang wanita berusia 57 tahun sedang dalam perjalanan bersama seorang lelaki berusia 22 tahun dari Antara Gapi menghala ke Rawang.

“Mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR dari arah bertentangan tiba-tiba masuk ke laluan kereta tersebut mengakibatkan pemandunya gagal mengelak sebelum merempuhnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Lim, pemandu serta penumpang kereta berkenaan mengalami cedera ringan dan dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk menerima rawatan.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE