Nahas pada pukul 3.35 petang itu mengorbankan Mohd. Ridzuan Mohamed, 32, yang maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ahmad Tarmizi Shaari berkata, kemalangan berlaku ketika lori yang dipandu lelaki berusia 23 tahun itu berhenti memasang kanvas pada muatan kerana hujan lebat.

Katanya, lori yang telah dipasang lampu kecemasan itu kemudiannya dilanggar dari arah belakang oleh motosikal mangsa.

"Semasa pemandu lori sedang memasang kanvas, dia telah terdengar kenderaannya dilanggar oleh mangsa. Mangsa yang bekerja sebagai pemandu lori ikan itu cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Batu Gajah untuk bedah siasat dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian akibat kecederaan parah di kepala," katanya. - UTUSAN ONLINE