Mangsa, George Inau, 43, berketurunan Lun Bawang meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami cedera parah.

Jurucakap bomba berkata, sembilan anggota diketuai Zakaria Mat Nor bergegas ke lokasi kejadian terletak 60 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang sebaik sahaja menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada pukul 6.30 petang.

“Pasukan penyelamat yang tiba di tempat kejadian pada pukul 8.50 malam, mendapati terdapat sebuah lori terjatuh ke dalam gaung di kawasan laluan jalan kayu balak.

“Terdapat seorang mangsa iaitu pemandu lori telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba sampai di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini, pagi ini.

Beliau berkata, mangsa yang disahkan sudah meninggal dunia kemudian diangkat oleh anggota bomba dari gaung untuk dibawa ke atas jalan sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. - UTUSAN ONLINE